Assalamualaikum w.b.t.....
Gaya pemakanan oleh bayi dan kanak-kanak pada tahun pertama hidup kebiasaannya akan menentukan ia menjadi seorang dewasa yang sihat. Kurangnya pengambilan makanan yang sihat pada peringkat awal akan mendatangkan akibat yang tidak baik dan ianya tidak boleh dipulihkan semula. Berikut adalah antara ciri-ciri bayi dan kanak-kanak yang mendapat makanan yang seimbang :-
- Cergas dan bertenaga. Mampu melompat, berlari, memanjat dan sebagainya.
- Cerdas. Dapat menumpukan penuh perhatian terhadap aktiviti yang dilakukan.
- Bertindakbalas. Memberi reaksi apabila dipanggil.
- Kulit yang licin dan lembut. Tidak bersisik atau mudah dijangkiti penyakit.
- Mata yang berseri. Memperlihatkan kesihatan yang baik.
- Tumbesaran yang normal. Membina otot-otot, badan dan tulang yang sihat.
- Memelihara suhu badan. Melalui perpeluhan atau dikumuh melalui air kencing.
** Artikel di petik dari blog Pn.Sapiah Hussein